+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Penetapan Petunjuk Prestasi Baharu Bagi Staf Akademik UTM

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil.7/2013 bertarikh 8 Mac 2013 telah meluluskan Penetapan Petunjuk Prestasi Baharu Bagi Staf Akademik UTM. Penetapan Petunjuk Prestasi Baharu ini adalah berdasarkan keperluan MyRA II bagi memastikan semua staf akademik Universiti bersedia dalam menghadapi audit seterusnya bagi mengekalkan status Universiti Penyelidikan menjelang tahun 2014.

 

Dilampirkan jadual Petunjuk Prestasi Baharu yang berkaitan sebagai panduan. Penetapan ini juga akan diselaraskan dalam eLPPT staf akademik mulai tahun penilaian 2013.

 

Mohon dipanjangkan pekeliling ini di fakulti/bahagian Saudara masing-masing untuk makluman semua staf akademik.

 

Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 21/2013