+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Kemudahan Penginapan Scholar’s Inn UTM Johor Bahru dan Scholar’s Inn UTM Kuala Lumpur

Selaras dengan pelaksanaan dan pembudayaan perbelanjaan berhemah, semua staf UTM adalah disarankan untuk menggunakan kemudahan penginapan Scholar’s Inn UTM Johor Bahru dan Scholar’s Inn UTM Kuala Lumpur untuk sebarang urusan rasmi yang memerlukan penginapan di sekitar kawasan kampus Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Penggunaan kemudahan penginapan UTM ini akan membantu Universiti untuk mengurangkan aliran keluar kewangan Universiti dan seterusnya membantu Universiti untuk menjana pendapatan. Sokongan dan kerjasama dalam melestarikan kewangan Universiti untuk jangka masa panjang adalah diharapkan daripada semua pihak.

– – –

Mohon merujuk kepada pekeliling ini dan mohon dipanjangkan perkara ini di fakulti/bahagian Saudara untuk makluman semua staf.

Harap maklum.

Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 29/2013