Program “Jom Sihat Berjemaah” ini adalah antara inisiatif yang dicetuskan bagi menyahut seruan YBhg Datuk NC mengenai kepentingan work-life balance dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease, NCD) di UTM. Antara lain objektif program ini adalah untuk memupuk budaya intervensi terhadap kesihatan diri dan mewujudkan komuniti yang mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakan sekerja. Oleh yang demikian, satu sesi timbangan melibatkan staf di bawah Pejabat Pendaftar dan Bahagian Sumber Manusia telah diadakan di Ruang Legar Pejabat Pendaftar seperti di bawah. Sesi timbangan ini akan diadakan setiap bulan.

24 Januari 2019 (Khamis) (Timbangan sah sehingga 24 Februari 2019) 

 

24 Februari 2019 (Ahad) (Timbangan sah sehingga 24 Mac 2019)