Bengkel Pengemaskinian Laman Web & Buletin Jabatan Pendaftar telah diadakan pada 4 April 2019 (Khamis) bertempat di Bilik Latihan ICT 1, UTM TTC. Bengkel anjuran Pejabat Pendaftar ini melibatkan Ahli Jawatankuasa Laman Web & IT Buddy yang telah dilantik di setiap bahagian di bawah Jabatan Pendaftar. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah bagi memberi latihan penggunaan wordpress kepada IT Buddy yang baru dilantik di samping membuat pengemaskinian maklumat bahagian di dalam laman web bahagian dan pengemaskinian buletin Minda Sinergi. Fasilitator bengkel adalah saudara Mohd Izham bin Ibrahim.