Johor Bahru, 12 Oktober

Bahagian Keselamatan UTM dengan kerjasama pihak Bahagian Sumber Manusia (Seksyen Pembangunan) telah menganjurkan Kursus Kompetensi Bahagian Keselamatan 2017 bertempat di sekitar kampus UTM. Kursus bermula dari 17 Sept 2017 dan tamat pada 12 Oktober 2017. Seramai 31 peserta dari Bahagian Keselamatan telah menghadiri kursus ini.

Pelbagai pengisian telah diatur sepanjang kursus ini dijalankan bagi memastikan peserta kursus mendapat manfaat untuk dipratikkan dalam kerja seharian. Selain dari penceramah UTM, penceramah luar dari pelbagai agensi turut dijemput memberi ceramah sepanjang kursus ini diadakan. Antaranya dari PDRM, ATM, BOMBA, dan PERHILITAN. Ceramah yang diberikan lebih menjurus kepada sahsiah diri dan bidang tugas yang dilakukan oleh staf Bahagian Keselamatan. Selain itu, aktiviti jasmani dan kerja berkumpulan turut diterapkan dalam kursus ini bagi memastikan staf keselamatan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan boleh bekerjasama dalam satu pasukan. Di akhir program ini turut diadakan penilaian keatas semua peserta kursus diantaranya penilaian kawad kaki, kawad bomba, jasmani, risikan, siasatan, lalulintas, pembentangan dan juga ujian bertulis.

Majlis penutup kursus telah diadakan pada 12 Oktober 2017 di Dewan Astana, Kolej Tunku Canselor yang dilaksanakan oleh Pengarah Keselamatan UTM, En. Abd Rahim Bin Hj Abd Karim. Turut hadir semasa acara penutup adalah wakil-wakil dari PDRM dan ATM selain dari pegawai-pegawai UTM yang dijemput hadir. Acara penutup diserikan dengan penyampaian sijil penyertaan dan beberapa anugerah khas yang disampaikan oleh Pengarah Keselamatan. Anugerah Khas telah diberikan kepada 4 peserta yang cemerlang sepanjang kursus berlangsung. Anugerah terbaik kawad telah diberikan kepada En.Mohd Amiruddin Bin Md Akmaluddin, Anugerah jasmani terbaik kepada En.Mohammad Faridzuan Bin Mohammad Raseh, Anugerah akademik kepada En.Mohd Fadzly Bin Ibnu Abbas dan Anugerah penuntut terbaik keseluruhan telah diberikan kepada En.Mohd Shafiee Bin Abd Rahim.

FACEBOOK
GOOGLE
http://registrar.utm.my/mindasinergi/2017/11/27/kursus-kompetensi-staf-bahagian-keselamatan-2017">
LINKEDIN