+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Profail UTM

Falsafah UTM

Hukum Allah adalah dasar kepada ilmu. Sejajar dengan kehendak-Nya, UTM komited secara menyeluruh dan bersepadu demi mencapai kecemerlangan dalam sains, teknologi dan kejuruteraan untuk kemakmuran dan kesejahteraan sejagat

Visi

Universiti Terkemuka Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan dan Penyelidikan Bertaraf Dunia

Misi

Untuk Membangun Bakat Holistik dan Mensejahtera Kehidupan Menerusi Ilmu dan Inovasi Teknologi

Nilai Teras

 

Sekilas Mengenai UTM

UTM mempunyai tiga kampus cawangan, iaitu kampus induk di Skudai Johor Bahru (berkeluasan 1,144 hektar); Kampus Kuala Lumpur (berkeluasan 35 hektar); dan terbaharu Kampus Pagoh (berkeluasan 50 hektar). 

Lanjutan penstrukturan semula fakulti pada 2022, terkini senarai fakulti UTM adalah seperti berikut:
i. Fakulti Alam Bina dan Ukur.
ii. Fakulti Kejuruteraan Awam.
iii. Fakulti Kejuruteraan Elektrik.
iv. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.
v. Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga.
vi. Fakulti Komputeran.
vii. Fakulti Pengurusan.
viii. Fakulti Sains.
ix. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
x. Fakulti Teknologi dan Informatik Razak.
xi. Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia–Jepun.
xii. Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim.

Program pengajian yang ditawarkan adalah di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, dan Doktor Falsafah dalam pelbagai mod pengajian. 

UTM juga mempunyai lima Penyelidik Bersekutu yang merupakan lima tema bidang kepakaran utama UTM. Lima bidang ini ditunjangi oleh tiga (3) Pusat Kecemerlangan bertaraf kebangsaan (Hi-CoE), tujuh (7) Pusat Kecemerlangan, enam (6) Institut Kecemerlangan, 27 Pusat Penyelidikan, dan 152 Kumpulan Penyelidikan (Research Group). 

Asas kekuatan UTM adalah diwarisi oleh kepimpinan hebat dan berwawasan berteraskan falsafah “Kerana Tuhan Untuk Manusia” dengan bertunjangkan Entiti Akademik dan Entiti Penyelidikan sebagai asas untuk terus berkembang sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang ternama di peringkat nasional dan antarabangsa.

(Visited 132 times, 1 visits today)