+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Dilahirkan di Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan pada 1955. Tuan Hj Ismaal bin Samat memulakan kerjayanya di UTM kampus Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada tahun 1985, di tempatkan di Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) sebagai Penolong Pendaftar N41. Seterusnya pada tahun 1998 dinaikkan pangkat Timbalan Pendaftar N48 dan ditempatkan di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik) sebelum dipindahkan ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) pada tahun 2003. Seterusnya dinaikkan pangkat ke Timbalan Pendaftar Kanan (TPK) gred N52 sehinggalah mencapai ke gred N54 dan di tempatkan di Pejabat Pendaftar (Bahagian Pembangunan Sumber Manusia) (HRD). Diatas faktor pengalaman dan kekananan dalam perkhidmatan, beliau dipindahkan ke Pejabat Naib Canselor pada tahun 2014 sehinggalah dinaikkan ke Gred Khas C iaitu Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) sejurus sebelum bersara wajib pada 28 JulaiĀ 2015.

Setelah bersara beliau terlibat aktif dalam Persatuan Pesara UTM (PESUTM) iaitu sebagai Ahli Jawatan Kuasa dan Setiausaha Persatuan. Disamping itu sehingga kini beliau seringkali melibatkan diri mengikuti program serta aturcara rasmi yang diadakan pihak pengurusan universiti walaupun telah bersara. Penglibatan beliau ini telah banyak membantu menjayakan aktiviti PESUTM khususnya dalam menjalinkan hubungan dua hala yang lebih akrab antara persatuan dengan pihak pengurusan universiti. Justeru itu dengan ini beliau dipilih untuk dianugerahkan TOKOH PESARA 2022.

(Visited 60 times, 1 visits today)