FUNGSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI
Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (LPU) adalah pihak berkuasa tertinggi Universiti yang dilantik oleh Menteri sebagai badan yang mengelola, membuat dasar, dan mengawasi hal-hal berkaitan tadbir urus Universiti secara keseluruhannya. LPU adalah pemegang kuasa legislatif atau perundangan yang boleh bertindak untuk menyemak dan menyeimbangkan (check and balance) kuasa-kuasa pihak berkuasa Universiti yang lain.
FUNGSI DAN BIDANG KUASA JAWATANKUASA
Perkara-perkara yang memerlukan kelulusan
- Dasar dan Polisi Universiti
- Peraturan Akademik, Pentadbiran dan Perkhidmatan
- Kursus atau Program Pengajian Baru
- Penamatan atau penangguhan sesuatu program akademik
- Penubuhan atau peningkatan taraf Unit, Bahagian, Fakulti, Pusat Kecemerlangan
- Sistem Saraan Malaysia, Skim Perkhidmatan Dan Pelarasan Gaji
- Program Kerjasama Dengan Pihak Luar
- Semua Urusan Bagi Jawatan Kursi (Profesor Gred Khas C, B dan A) Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan
- Rayuan Hukuman Tatatertib Staf Universiti
- Perkara yang dikemukan oleh Jawatankuasa Lembaga Pengarah
- Laporan Tahunan Universiti
|
- Sumbangan Kewangan, Hadiah atau Bantuan kepada Universiti
- Permohonan Universiti untuk memiliki ekuiti, saham, debentur, bon, tanggungan dan sekuriti pihak luar
- Permohonan Syarikat Universiti
- Perkara berkaitan Universiti yang akan dikemukan untuk pertimbangan Jemaah Menteri
- Menerima pakai pekeliling dan surat pekeliling kerajaan
- Penganugerahan Ijazah
- Pinjaman wang daripada atau kepada pihak luar
- Penubuhan syarikat-syarikat Universiti
- Memorandum Persefahaman dengan pihak luar
- Pengwujudan Anugerah-Anugerah Universiti
- Perkara yang diarahkan oleh Pengerusi dan Pihak Pengurusan Universiti
|
Perkara-perkara yang perlu dimaklumkan
- Keputusan Mesyuarat Senat
- Laporan Kemajuan Syarikat Universiti
- Perancangan dan Pencapaian Sasaran Kerja
- Laporan Perkembangan Semasa
- Laporan Kemajuan Pusat-Pusat Kecemerlangan Universiti
- Keputusan Jawatankuasa Pemilih
- Laporan Perkembangan Kampus Cawangan dan Perkara yang diarahkan oleh Naib Canselor, Senat dan Jawatankuasa Pengurusan Universiti