FUNGSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI

 

Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (LPU) adalah pihak berkuasa tertinggi Universiti yang dilantik oleh Menteri sebagai badan yang mengelola, membuat dasar, dan mengawasi hal-hal berkaitan tadbir urus Universiti secara keseluruhannya. LPU adalah pemegang kuasa legislatif atau perundangan yang boleh bertindak untuk menyemak dan menyeimbangkan (check and balance) kuasa-kuasa pihak berkuasa Universiti yang lain.

 

FUNGSI DAN BIDANG KUASA JAWATANKUASA

 

Perkara-perkara yang memerlukan kelulusan

  • Dasar dan Polisi Universiti
  • Peraturan Akademik, Pentadbiran dan Perkhidmatan
  • Kursus atau Program Pengajian Baru
  • Penamatan atau penangguhan sesuatu program akademik
  • Penubuhan atau peningkatan taraf Unit, Bahagian, Fakulti, Pusat Kecemerlangan
  • Sistem Saraan Malaysia, Skim Perkhidmatan Dan Pelarasan Gaji
  • Program Kerjasama Dengan Pihak Luar
  • Semua Urusan Bagi Jawatan Kursi (Profesor Gred Khas C, B dan A) Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan
  • Rayuan Hukuman Tatatertib Staf Universiti
  • Perkara yang dikemukan oleh Jawatankuasa Lembaga Pengarah
  • Laporan Tahunan Universiti
  • Sumbangan Kewangan, Hadiah atau Bantuan kepada Universiti
  • Permohonan Universiti untuk memiliki ekuiti, saham, debentur, bon, tanggungan dan sekuriti pihak luar
  • Permohonan Syarikat Universiti
  • Perkara berkaitan Universiti yang akan dikemukan untuk pertimbangan Jemaah Menteri
  • Menerima pakai pekeliling dan surat pekeliling kerajaan
  • Penganugerahan Ijazah
  • Pinjaman wang daripada atau kepada pihak luar
  • Penubuhan syarikat-syarikat Universiti
  • Memorandum Persefahaman dengan pihak luar
  • Pengwujudan Anugerah-Anugerah Universiti
  • Perkara yang diarahkan oleh Pengerusi dan Pihak Pengurusan Universiti

 

 

Perkara-perkara yang perlu dimaklumkan

  • Keputusan Mesyuarat Senat
  • Laporan Kemajuan Syarikat Universiti
  • Perancangan dan Pencapaian Sasaran Kerja
  • Laporan Perkembangan Semasa
  • Laporan Kemajuan Pusat-Pusat Kecemerlangan Universiti
  • Keputusan Jawatankuasa Pemilih
  • Laporan Perkembangan Kampus Cawangan dan Perkara yang diarahkan oleh Naib Canselor, Senat dan Jawatankuasa Pengurusan Universiti