+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Permohonan Jawatan Pentadbir Akademik Universiti – Sekolah Informatik Termaju (UTM AIS)

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa akan wujud kekosongan bagi jawatan pentadbir akademik di Sekolah Informatik Termaju (UTM AIS), UTM Kuala Lumpur seperti berikut:-

A. Dekan
B. Pengurus Teknologi Maklumat

Tarikh tutup permohonan : 6 Februari 2014

Sehubungan dengan itu, semua staf akademik boleh mengemukakan permohonan secara bersurat dan semua permohonan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertaraf-SULIT-dengan menulis jawatan dipohon di penjuru sebelah kanan sampul dan dihantar kepada Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar UTM Johor Bahru.

Sekian, terima kasih.

Pautan : Surat Pekeliling Pentadbiran Bil. 4/2014