+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Permohonan Jawatan Pentadbir Akademik Universiti

Y. Bhg. Dato’/ Prof / Dr / Saudara,

Semua Staf Akademik Fakulti Alam Bina,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa terdapat beberapa kekosongan jawatan pentadbir akademik di Fakulti Alam Bina UTM Johor Bahru berdasarkan surat pekeliling berikut:

  1. Timbalan Dekan Pembangunan
  2. Ketua Jabatan Ukur Bahan
  3. Ketua Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah
  4. Ketua Jabatan Senibina Landskap
  5. Ketua Jabatan Senibina
  6. Pengurus Akademik Pra Siswazah
  7. Penyelaras Program Akademik Jabatan Senibina
  8. Penyelaras Program Akademik Jabatan Ukur Bahan
  9. Penyelaras Program Akademik Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah

Tarikh tutup semua permohonan :19 Jun 2014

Sehubungan dengan itu, semua staf akademik boleh mengemukakan permohonan secara bersurat dan semua permohonan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertaraf-SULIT-dengan menulis jawatan dipohon di penjuru sebelah kanan sampul dan dihantar kepada Timbalan Pendaftar, Fakulti Alam Bina UTM Johor Bahru.

Pautan : Surat Pekeliling Pentadbiran Bil. 11/2014