+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Penambahbaikan Kemudahan Rawatan Pergigian Staf UTM

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan Universiti telah bersetuju menambah baik kemudahan rawatan pergigian staf daripada RM500 sekeluarga setahun kepada RM500 bagi setiap staf dan ahli keluarganya yang berkelayakan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2014.

Sehubungan dengan itu, staf dan pasangan suami/isteri yang bertugas di UTM akan mendapat kemudahan rawatan pergigian sebanyak RM500 secara berasingan ( RM1,000 sekeluarga).

Mohon kerjasama Y. Bhg. Dato’/ Prof / Dr / Saudara untuk menghebahkan makluman ini kepada semua staf UTM.

Sebarang maklumat lanjut berkenaan perkara ini boleh berhubung dengan Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar.

Pautan : Surat Pekeliling Pentadbiran Bil. 30/2014