+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Pelaksanaan Pindaan Pemakaiaan Batik Malaysia dan Baju Melayu serta Program Membudayakan Al-Quran bagi Penjawat Awam Negeri Johor

Merujuk kepada surat daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Bil. (15) dlm. SUKJ. 99/7, adalah dimaklumkan bahawa Pemakaian Baju Batik ditukar daripada hari Khamis kepada hari Ahad. Namun, arahan ini tidak terpakai kepada pegawai yang dibekalkan pakaian seragam, pegawai yang menghadiri acara rasmi atau majlis rasmi yang menetapkan jenis pakaian lain.

Bagi Program Membudayakan Al Quran pula, Majlis Mesyuarat Kerajaan telah bersetuju diadakan pada hari Khamis dengan berpakaian baju Melayu. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Pengurusan Universiti memberi kelonggaran kepada setiap PTJ/Fakulti untuk mengadakan Program Membudayakan Al-Quran mengikut kesesuaian masa masing-masing.

Sekian, harap maklum.

Pautan: Surat Pekeliling Pentadbiran Bil. 1/2014