+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Tindakan Semasa Jerebu

Pada awalnya Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan jerebu teruk yang melanda negara sejak pertengahan September 2015 akan berakhir pada awal Oktober 2015, berikutan bermulanya fasa peralihan monsun, namun oleh kerana terbentuknya beberapa ribut tropika di perairan negara Filipina telah menyebabkan tiupan angin dari arah barat daya yang konsisten.  Keadaan ini telah menyebabkan jerebu rentas sempadan kembali melanda negara.

 2.         Justeru, pihak Universiti telah menubuhkan Task Force Khas Menangani Isu Jerebu UTM bagi membantu Universiti memantau dan memberi khidmat nasihat berkaitan isu tersebut. Task Force ini dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Azlan bin Ab. Rahman, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) dan Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) telah dilantik sebagai urus setia.

3.         Sehubungan itu, warga kampus diminta sentiasa peka terhadap semua pengumuman/kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Hal Ehwal Korporat, UTM dari masa ke semasa. Manakala Pusat Kesihatan Universiti (PKU) adalah Pusat Tanggungjawab (PTJ) bertanggungjawab bagi menentukan mekanisme kawalan kesihatan di kawasan kampus. Warga kampus juga disarankan memahami nasihat dan panduan yang digariskan oleh PKU berhubung panduan aktiviti semasa masalah jerebu di UTM mengikut skala bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).  Maklumat ini boleh dicapai melalui laman sesawang utmonline.utm.my.

Bersama-sama ini dilampirkan Dasar Tindakan Jerebu bagi rujukan saudara.

Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 23/2015