+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Tindakan Ke atas Penjawat Awam Yang Mendedahkan/Membocorkan Dokumen/Maklumat Terperingkat Kerajaan

Merujuk kepada surat edaran Pejabat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam rujukan JPA.BK(S)328/2 Jld.9 (17) bertarikh 28 Januari 2015, terdapat beberapa insiden melibatkan penjawat awam membocorkan dokumen/ maklumat terperingkat Kerajaan kepada pihak luar/tidak perlu khususnya melalui aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta media sosial seperti YouTube, Blog, Facebook, Twitter, WhatsApp, Telegram dan sebagainya.

2. Sehubungan dengan itu, Universiti memandang serius terhadap perkara ini dan tidak akan berkompromi terhadap staf yang didapati membocorkan dokumen/maklumat terperingkat yang menjejaskan imej perkhidmatan awam dan Kerajaan.

3. Staf yang didapati membocorkan maklumat atau dokumen terperingkat kerajaan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk tindakan tatatertib di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000. Pelanggaran peraturan ini boleh menyebabkan staf dibuang kerja dan dikenakan tindakan undang-undang di bawah mana-mana undang berkaitan. Pendakwaan boleh diambil ke atas sesiapa yang terlibat di dalam semua perbuatan kecuaian, kelalaian dan pelanggaran keselamatan yang membahayakan perkara-perkara terperingkat.

Sehubungan dengan itu, semua staf diminta memberi perhatian serius terhadap perkara ini.

Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 10/2015