+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Pewartaan Larangan Penggunaan Vape Atau Rokok Elektronik Dalam Kawasan Kampus UTM

Berdasarkan Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam menjalankan kuasa di bawah subperenggan 4(1)(t), Universiti mewartakan larangan penggunaan vape atau rokok elektronik dalam kawa­san kampus Universiti Teknologi Malaysia.

  1. Keputusan ini selaras dengan kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh bahawa semua 20 universiti awam bersetuju agar penggunaan vape atau rokok elektronik dan rokok diharamkan di kampus masing-masing pada 20 November 2015. Pewartaan ini juga adalah berkesinambungan daripada Pekeliling Pentadbiran UTM Bil. 22/2014 mengenai Penguatkuasaan Kawasan Bebas Asap Rokok di Universiti Teknologi Malaysia.
  1. Vapingditafsirkan sebagai perbuatan menyedut, menghembus atau mengeluarkan asap dari rokok elektronik dalam apa jua bentuk di dalam mana-mana kawasan kampus oleh staf, pelajar atau pelawat Universiti.
  1. Pegawai yang diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan Kawasan Bebas Asap Rokok termasuk mengeluarkan kompaun adalah seperti berikut;.
  1. a) Pegawai dan Pengawal dari Bahagian Keselamatan;
  2. b) Pegawai Pusat Kesihatan Mahasiswa;
  3. c) Pegawai dari Unit OSHE ;
  4. d) Pegawai, Pengetua, Felo atau mana-mana staf Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni (HEMA); dan Pegawai di fakulti/bahagian yang dinamakan oleh Ketua Jabatan/Dekan
  1. Berdasarkan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil. 18/2013 yang bertarikh 23 September 2013, kompaun sebanyak RM100.00 akan dikenakan bagi setiap kesalahan merokok dan tindakan pentadbiran akan diambil kepada staf dan pelajar jika gagal membayar kompaun dalam masa 30 hari. Keputusan dan denda ini juga akan dipanjangkan bagi kesalahan vaping dalam kawasan kampus Universiti.
  1. Pe­war­taan larangan menggunakan vape atau rokok elektronik dalam kawa­san kampus Universiti Teknologi Malaysia adalah berkuat kuasa serta-merta.

Sekian, dimaklumkan.

Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 30/2015