+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Penstrukturan Semula Tadbir Urus Penyelidikan UTM

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pengarah Universiti telah meluluskan Penstrukturan Semula Tadbir Urus Penyelidikan Universiti berkuat kuasa mulai 15 Februari 2015. Objektif utama penstrukturan semula ini adalah untuk memperkasa aktiviti penyelidikan seperti digariskan dalam Pelan Global UTM Fasa 2.

2. Melalui penstrukturan ini, Research Alliances distruktur semula kepada 5 bidang tujahan utama seperti berikut:-

Bil. RA Lama RA Baharu
1. Materials and Manufacturing, Nanotechnology Frontier Materials
2. Biotechnology Health and Wellness
3. K-Economy Smart Digital Community
4. Energy, Sustainability, Water Resource Sustainability
5. Construction, Infocomm, Transportation Innovative Engineering

3. Manakala 26 Pusat Kecemerlangan (CoE) telah digabungkan kepada 6 institut:-

i. Research Institute for Sustainability Environment (RISE)
ii. Institute for Vehicle Systems and Engineering (IVsSE)
iii. Ibnu Sina Institute for Scientific & Industrial Research (ISI-SIR)
iv. Institute for Smart Infrastructures and Innovative Construction (ISIIC)
v. Institute of Human Centered Engineering (IHCE)
vi. Institute of Future Energy (IFE)

4. Penstrukturan ini juga melibatkan perubahan kedudukan Kumpulan Penyelidikan (RG):-

i. Kumpulan Penyelidikan (RG) single-faculty-based adalah diselia oleh fakulti dengan penyeliaan Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi)
ii. Kumpulan Penyelidikan (RG) multi-faculty-based diselia oleh Dekan Penyelidikan RA

5. Maklumat lanjut mengenai penempatan pejabat dan perincian penyandang jawatan Dekan dan Pengarah Kanan boleh dicapai melalui http://www.utm.my/office-dvcri

Link : Pekeliling Pentadbiran Bil. 7/2015