+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Penstrukturan Semula Pejabat Pengajian Prasiswazah (UGS)

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti telah bersetuju dengan penstrukturan semula Pejabat Pengajian Prasiswazah (UGS). Penstrukturan semula ini melibatkan perkara-perkara berikut:

 i)Penamaan semula Pusat Kursus Umum & Ko-kurikulum (CGCC), UTM Johor Bahru kepada Pusat Kursus Ko-kurikulum & Pembelajaran Servis (Centre for Co-curriculum Courses & Service Learning – CCSL) dan diletakkan di bawah Pejabat Pengajian Prasiswazah;

ii)Penubuhan Pusat Pembangunan Akademik (Academic Development Centre – ADC) bertujuan untuk menerajui pembangunan dan penambahbaikan kurikulum pengajian program prasiswazah serta memantapkan aktiviti pembangunan akademik pelajar.

 2.       CCSL akan diketuai oleh Timbalan Dekan (Kursus Ko-kurikulum & Pembelajaran Servis) manakala ADC akan diketuai oleh Timbalan Dekan (Pembangunan Akademik) bermula dari tarikh kelulusan Senat.  Kedua-dua Timbalan Dekan ini adalah bertanggungjawab kepada Dekan Pengajian Prasiswazah.

3.       Sehubungan itu, semua staf diminta mengambil maklum mengenai perubahan ini dan segala urusan berkaitan seperti yang dinyatakan di atas hendaklah dimajukan ke Pejabat Pengajian Prasiswazah (UGS) berkuat kuasa dari tarikh pekeliling ini dikeluarkan. Alamat surat-menyurat UGS adalah seperti berikut:

                     Pejabat Pengajian Prasiswazah

                             Aras 2, Blok R02, Rumah Universiti

                             Universiti Teknologi Malaysia,

                             81310 Johor Bahru, Johor.

 Carta Organisasi Terkini UGS adalah seperti di lampiran (sila klik)

Sekian, terima kasih.

Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 24/2015