+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Pemindahan Pentadbiran Tun Ghafar Baba Residence (TGBR) Ke Business Development Unit (BDU) Di Bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti telah bersetuju meluluskan pemindahan pentadbiran Tun Ghafar Baba Residence (TGBR) ke Business Development Unit (BDU) di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan).  Antara objektif penubuhan TGBR adalah seperti berikut:

 i)              Salah satu strategi penjanaan pendapatan universiti

ii)             Membantu menampung permohonan penyewaan daripada agensi luar

iii)            Memberi peluang kepada pihak luar (contohnya sekolah, agensi kerajaan dan swasta) untuk menyewa TGBR dengan kadar yang berpatutan.

 2.         Untuk makluman, urusan pentadbiran TGBR sebelum ini adalah di bawah Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa. Lanjutan daripada pemindahan ini, urusan surat menyurat hendaklah dialamatkan kepada:

Pengarah Business

Tun Ghafar Baba Residence

d/a Business Development Unit

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)

Aras 4, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim

Universiti Teknologi Malaysia

81310 Johor Bahru

Pekeliling ini berkuatkuasa 15 Oktober 2015.
 
Sekian, dimaklumkan.