+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Pelantikan Semula Sebagai TNC (A&A) dan TNC (P&I)

Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Menteri Pendidikan telah bersetuju melantik Timbalan-Timbalan Naib Canselor UTM sebagaimana berikut:-

NAMA JAWATAN TEMPOH
YBhg Prof Dr. Rose Alinda binti Alias Timbalan Naib Canselor( Akademik & Antarabangsa) 16 Januari 2015 hingga 15 Januari 2017
YBhg Prof Dr Ahmad Fauzi bin Ismail Timbalan Naib Canselor( Penyelidikan & Inovasi) 16 Januari 2015 hingga 15 Januari 2018

 
Sehubungan itu, semua warga UTM diharap dapat memberi kerjasama serta sokongan padu kepada kedua-dua Timbalan Naib Canselor untuk memartabatkan UTM dalam menerajui inovasi ke arah kemakmuran sejagat.

Universiti turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YBhg Prof Ir. Dr. Mohd Azraai bin Kassim yang telah melengkapkan tempoh perkhidmatan beliau sebagai TNC (Penyelidikan & Inovasi) berakhir 15 Januari 2015.

Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 3/2015