+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Pelaksanaan Program Sijil Pentadbir Muda Untuk Staf Kumpulan Pengurusan Dan Profesional (Gred 41 & Ke atas)

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Universiti telah bersetuhu melaksanakan program Sijil Pentadbir Muda untuk Staf Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 & ke atas) di UTM sebagai salah satu syarat tambahan bagi tujuan pengesahan jawatan.

2. Pegawai yang disyaratkan mengikuti Program Sijil Pentadbir Muda adalah Pegawai Lantikan Pertama yang dilantik pada atau selepas 1 Julai 2015 yang berkhidmat secara tetap dalam perkhidmatan di UTM. Selain itu, pegawai Pengurusan dan Profesional yang lain turut digalakkan mengikuti program ini sebagai salah satu keperluan latihan kompetensi.

Sebarang pertanyaan boleh merujuk:

Siti Zarinah bt Hj Abdul Jalal
Penolong Pendaftar
Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD)
Pejabat Pendaftar.

Samb: 37950

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.

Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 19/2015