+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Insurans Perjalanan Bagi Staf Yang Menjalankan Tugas Rasmi Di Luar Negara

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti telah meluluskan pelaksanaan insurans perjalanan bagi staf yang menjalankan tugas rasmi di luar negara.

2.   Dengan pelaksanaan ini, Universiti akan menyediakan perlindungan insurans kepada semua staf yang bertaraf tetap, kontrak atau sementara (lantikan Universiti) yang melakukan perjalanan ke luar negara atas tujuan rasmi dan/atau berkursus/menjalani latihan luar negara dengan kelulusan Universiti.

3.   Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar. Sijil perlindungan hanya akan dikeluarkan setelah permohonan ke luar negara (e-boarding) diluluskan. Tatacara permohonan insurans adalah seperti di Lampiran A dalam pekeliling.Pelaksanaan insurans ini adalah berkuat kuasa serta-merta.

4.   Oleh yang demikian, mohon kerjasama YBhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan mengambil maklum akan perkara ini.Kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

5.   Borang permohonan boleh didapati di laman web Pejabat Pendaftar (sila klik) atau di capaian ini – BORANG INSURANS KE LUAR NEGARA (sila klik).

Sebarang kemusykilan boleh merujuk kepada:

Pn Noerwati binti Dolhaji
Penolong Pendaftar Kanan
Samb: 30412
E-mel: noerwati@utm.my

Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 17/2015