+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Hari Kelepasan Am Negeri Johor Sempena Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Johor

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa mengikut surat edaran dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bil.(11) dlm SUKJ.100-1/8/8 Jld.2 menyatakan bahawa Majlis Istiadat Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim akan diadakan pada hari Isnin, 23 Mac 2015 bersamaan 2 Jamadilakhir 1436H.

Sehubungan dengan itu, Kerjaan Negeri telah mengumumkan hari Isnin, 23 Mac 2015 bersamaan 2 Jamadilakhir 1436H sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Johor bagi memberi peluang untuk rakyat Johor bersama-sama meraikan majlis ini. Oleh yang demikian, semua warga UTM diminta mengambil maklum mengenai pemakluman ini.

Sekian, dimaklumkan.

Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 9/2015