+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Cadangan Pelaksanaan Penambahbaikan Penilaian Prestasi Staf Akademik (eLPPT) Tahun 2015 Bagi Komponen Penyelidikan Dengan Mengambil Kira Keperluan Universiti Penyelidikan

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak Universiti telah bersetuju dengan pelaksanaan penambahbaikan eLPPT 2015 yang lebih adil dari segi agihan beban dan penilaian serta membantu Universiti untuk mengekalkan status Universiti Penyelidikan (RU) selaras dengan keperluan  instrumen dalam MyRAII (Malaysia Research Assessment Instrument II). Untuk itu, bagi tahun 2015, terdapat beberapa penambahbaikan bagi komponen penyelidikan yang akan dilaksanakan sejajar dengan hasil daripada Audit Pemantauan Pencapaian Penyelidikan yang telah diadakan pada Oktober 2015.

  1. Penambahbaikan yang telah diluluskan dan akan dilaksanakan adakah seperti berikut:-
  • Pengiktirafan Sumbangan Kertas Polisi kepada sebagai komponen MyRA
  • Pengiktirafan geran penyelidikan tanpa dana
  • Pengiktirafan penyelidikan bersama (Joint Research Project)
  1. Penambahbaikan juga terdapat pada sub komponen berikut:-
  • Input Penyelidikan
  • Output Penyelidikan
  • Bonus – Komponen Penyelidikan

Untuk keterangan lanjut, boleh dirujuk kepada Lampiran di dalam pekelliling.

Sekian,dimaklumkan.

Terima kasih.

Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 32/2015