+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Tugas Dan Tanggungjawab Pegawai Untuk Menjalankan Kawalan Dan Pengawasan Tatatertib Staf Bagi Ketidakhadiran Tanpa Cuti

Merujuk kepada Pekeliling Pentadbiran Bil.41/2012, Universiti Teknologi Malaysia dan Peraturan 21, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 berkaitan peranan dan tanggungjawab Pegawai di PTJ untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai-pegawainya.

Pihak Universiti mengarahkan semua Pegawai mengambil tindakan awal kepada pegawai-pegawai bawahannya yang tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah.
 
Sehubungan dengan itu, mana-mana Pegawai yang gagal atau cuai mengambil tindakan Tatatertib ke atas pegawai-pegawai bawahannya bagi kes ketidakhadiran melebihi SATU Bulan, Pegawai tersebut boleh dikenakan tindakan Tatatertib.
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.