+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Sistem Waktu Bekerja Berperingkat/Anjal UTM Johor Bahru (SisWA)

Dimaklumkan bahawa Universiti telah bersetuju untuk melaksanakan waktu bekerja berperingkat/anjal (WBB) di UTM Johor Bahru seperti berikut:-

WAKTU PERINGKAT
(WP)
AHAD HINGGA RABU KHAMIS JUMAAT & SABTU
WP1 7.30 pagi hingga
4.30 petang
7.30 pagi hingga
2.00 petang*
Cuti Umum
WP2 8.00 pagi hingga
5.00 petang
8.00 pagi hingga
2.30 petang*
WP3 8.30 pagi hingga
5.30 petang
8.30 pagi hingga
3.00 petang*
WP4 8.00 pagi hingga
5.00 petang
8.00 pagi hingga
3.30 petang

 
* Tiada waktu rehat.

Sehubungan itu, semua staf diwajibkan untuk membuat permohonan berdasarkan pilihan WBB tersebut melalui UTMHR di https://hrfin.utm.my. kecuali bagi pegawai yang tidak mengamalkan waktu pejabat biasa seperti waktu bekerja giliran (shift), cuti belajar dan staf lantikan yang dibiayai oleh peruntukan tabung PTJ. Bagi staf yang tidak membuat sebarang permohonan, waktu bekerja adalah kekal seperti waktu bekerja biasa.

Berikut adalah jadual tindakan WBB yang akan dilaksanakan :

TARIKH

TINDAKAN

12 Mac 2014 Kelulusan pelaksanaan WBB (Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil 5/2014)
15 Mac 2014
hingga
24 September 2014
  1.  Pengumpulan maklumat pelaksanaan WBB
  2.  Pelaksanaan kajian pilihan WBB di kalangan staf UTM JB
  3.  Perancangan dan pembangunan sistem
28 September 2014 Latihan penggunaan sistem kepada staf Pengurusan Sumber Manusia (PSM) semua Pusat Tanggungjawab (PTJ)
1 November 2014
hingga
30 November 2014
Permohonan WBB oleh staf secara dalam talian (online)
1 Disember
hingga
31 Disember 2014
Proses pengesahan /kelulusan oleh PSM dan Ketua Bahagian/PTJ
1 Januari 2015 Pelaksanaan WBB di kalangan staf yang terlibat

Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 41/2014