+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Permohonan Jawatan Pentadbir Akademik Universiti – UTM Kuala Lumpur

Adalah dimaklumkan bahawa akan wujud kekosongan bagi jawatan pentadbir akademik universiti di Kampus Antarabangsa Kuala Lumpur seperti berikut:-

  1. Pengarah Kampus

Surat permohonan hendaklah disertakan dengan lampiran berikut:-

  • Curriculum Vitae yang lengkap dan kemaskini
  • Anugerah dan hadiah yang berprestij di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  • Sumbangan-sumbangan besar dan bermakna bagi pembangunan Fakulti dan Universiti

Tarikh tutup: 21 Januari 2014

Sehubungan dengan itu, semua staf akademik boleh mengemukakan permohonan secara bersurat dan semua permohonan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertaraf-SULIT-dengan menulis jawatan dipohon di penjuru sebelah kanan sampul dan dihantar kepada Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar UTM Johor Bahru.

Sekian, terima kasih.

Pautan: Pekeliling Pentadbiran Bil. 2/2014