+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Permohonan Jawatan Pentadbir Akademik Universiti

Y. Bhg. Dato’/ Prof / Dr / Saudara,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa akan wujud beberapa kekosongan jawatan pentadbir akademik seperti berikut:

A. Pengarah

  1. Pusat Islam

B. Timbalan Pengarah

  1. Inovasi, Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC)

C. Felo Akademik IT

  1. Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT)

D. Pengurus Teknologi Maklumat

  1. Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT)

Tarikh tutup semua permohonan : 15 Ogos 2014

Sehubungan dengan itu, semua staf akademik boleh mengemukakan permohonan secara bersurat dan semua permohonan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertaraf-SULIT-dengan menulis jawatan dipohon di penjuru sebelah kanan sampul dan dihantar kepada Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar UTM Johor Bahru.


Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 30/2014