+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Penstrukturan UTM International dan Penggabungan Pusat Pelajar Antarabangsa (ISC) dengan UTM International

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak Universiti telah bersetuju dengan struktur baharu UTM International di bawah Pejabat Canseleri. Ianya melibatkan:-

(i) Penjumudan jawatan Global Alliance Manager;

(ii) Pewujudan Director (Global Education) dan Director (Relations);

(iii) Pewujudan Deputy Director (Global Education) dan Deputy Director (Relations);

(iv) Penggabungan dengan Pusat Pelajar Antarabangsa (ISC) yang dahulunya di bawah Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni; dan

(v) Pewujudan jawatan UTM International Fellows.

UTM International akan terus menjalankan fungsi asal di samping beberapa fungsi tambahan.

Sehubungan dengan itu, segala urusan berkaitan dengan UTM International hendaklah dimajukan ke lokasi berikut:

UTM Johor Bahru:

UTM International
Aras Bawah, Bangunan Sekolah Pengajian Siswazah (F54)
Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru
81310 Skudai, Johor

UTM Kuala Lumpur:

UTM International
Tingkat 8, Menara Razak
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Semarak 54100
Kuala Lumpur

Pautan: Pekeliling Pentadbiran Bil. 12/2014