+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Penilaian Prestasi Staf Secara Dalam Talian Tahun 2014 (e-LPPT/e-LNPT 360°/e-LNPT)

Adalah dimaklumkan bahawa Penilaian Prestasi Staf UTM bagi tahun 2014 akan dilaksanakan melalui sistem berikut:-

a) e-LPPT – Penilaian Prestasi Secara Dalam Talian untuk Staf Akademik.

b) e-LNPT 360° – Penilaian Prestasi Secara Dalam Talian untuk Staf Kumpulan  Pengurusan & Profesional (Gred 41 hingga Gred 54).

c) e-LNPT – Penilaian Prestasi Secara Dalam Talian untuk Staf Kumpulan Pelaksana Gred 40 dan ke bawah (termasuk jawatan Tutor Gred DA41).

TARIKH

TINDAKAN

1 November 2014 hingga 30 November 2014 (30 hari) Mengenal pasti klasifikasi Pegawai Yang Dinilai (PYD)/Pegawai Penilai oleh Pengurusan Sumber Manusia (PSM) Pusat Tanggungjawab (PTJ)
1 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014 (31 hari) Pengisian borang Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2014 dan pengisian pencapaian kerja sebenar tahun 2014 secara online oleh PYD
1 Januari 2015 hingga 14 Januari 2015 (14 hari) Pengesahan maklumat penerbitan oleh Perpustakaan. (eLPPT)
15 Januari 2015 hingga 4 Februari 2015 (21 hari) a) Penilaian dan pengisian markah oleh Pegawai Penilai Pertama (PPP) serta pemakluman markah oleh PPP kepada PYD
b) Penilaian dan pengisian markah 360° oleh Pegawai Penilai Rakan Sekerja (PPR) dan Pegawai Penilai Subordinat (PPS)(eLNPT 360°)
5 Februari 2015 hingga 11 Februari 2015 (7 hari) a) Pengesahan/rayuan/pembetulan markah oleh PYD
b) Semakan status penilaian oleh PSM PTJ
12 Februari 2015 hingga 4 Mac 2015 (21 hari) Penilaian dan pengisian markah oleh Pegawai Penilai Kedua (PPK)
5 Mac 2015 hingga 11 Mac 2015 (7 hari) Semakan status penilaian oleh PSM PTJ
Mac 2015 a) Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (MPPSM) PTJ
b) Penyediaan dan penghantaran maklumat untuk MPPSM Universiti
Mac/April 2015 Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (MPPSM) Universiti

Sila beri perhatian bahawa semua staf tidak dikecualikan e-LPPT/ e-LNPT 360°/ e-LNPT atau membuat penilaian terhadap e-LPPT/ e-LNPT 360°/ e-LNPT staf yang dipertanggungjawabkan dan kegagalan melengkapkannya boleh dikenakan tindakan.

Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 40/2014