+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Penguatkuasaan Kawasan Bebas Asap Rokok UTM

Dalam menjalankan kuasa di bawah subperenggan 4(1)(v), Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menguatkuasakan peraturan Kawasan Bebas Asap Rokok selaras dengan pematuhan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang telah diwartakan pada 23 September 2004 (P.U. (A) 324/2004).

2. Merokok hendaklah ditafsirkan sebagai perbuatan menyedut dan menghembus atau mengeluarkan asap dari apa-apa hasil tembakau atau apa-apa pengganti tembakau seperti rokok elektronik dalam apa jua bentuk yang boleh digunakan dengan serta-merta untuk tujuan merokok dan termasuklah memegang atau mempunyai kawalan ke atas apa-apa hasil tembakau yang bernyala di dalam mana-mana kawasan kampus oleh staf, pelajar atau pelawat Universiti.

3. Pegawai yang diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan Kawasan Bebas Asap Rokok seperti berikut:

  1. Pengawai dan Pengawal dari Bahagian Keselamatan
  2. Pegawai Pusat Kesihatan Mahasiswa
  3. Pegawai di fakulti/bahagian yang dinamakan oleh Ketua Jabatan/Dekan
  4. Pegawai, Pengetua, Felo atau mana-mana staf Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni (HEMA)
  5. Pegawai dari Unit OSHE

4. Berdasarkan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil.18/2013, kompaun sebanyak RM100.00 akan dikenakan bagi setiap kesalahan merokok dan tindakan pentadbiran akan diambil kepada staf dan pelajar jika gagal membayar kompaun dalam masa 30 hari.

5. Peraturan Kawasan Bebas Asap Rokok dikuatkuasakan di semua kawasan dalam UTM serta-merta.

6. Sehubungan dengan itu, Pekeliling Pentadbiran Bil.2/1989 dan Pekeliling Pentadbiran Bil.16/1998 berkaitan larangan merokok di kalangan warga kampus adalah terbatal.

Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 22/2014

Link : Administrative Circular No. 22/2014