+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Pengemaskinian Maklumat Kemasukan Rekod 7P Bagi Staf Akademik

Salam Sejahtera,
Y. Bhg. Dato’/ Prof / Dr / Saudara,

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Universiti sedang menaik taraf Sistem Kemasukan Rekod 7P. Sistem ini bertujuan membantu kemasukan, penyimpanan dan pengemaskinian maklumat staf akademik yang berkaitan dengan sata pengajaran, penyeliaan, penyelidikan, penulisan, penerbitan, perundingan, harta intelek, pengkomersilan, khidmat profesional, anugerah dan latihan. Maklumat ini diguna pakai untuk pelbagai tujuan seperti dalam Sistem Penilaian Prestasi Staf Akademik (e-LPPT), Data Universiti Penyelidikan (RU) dan Sistem Kenaikan Pangkat Staf Akademik yang perlu sentiasa dikemaskini oleh staf akademik.

Adalah dimaklumkan, bermula 1 September 2014, semua kemasukan berkaitan Sistem Pengurusan Maklumat Akademik (AIMS), Graduate Studies Management System (GSMS) dan Research and Development Information System (RADIS) dalam sistem rekod 7P akan dihentikan. Sehubungan dengan itu, staf akademik diminta untuk memasukkan dan mengemaskini rekod yang berkaitan ke dalam ketiga-tiga sistem tersebut.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 32/2014