+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Permohonan Jawatan Pentadbir Akademik Universiti

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa terdapat beberapa kekosongan jawatan sebagai pentadbir akademik universiti di beberapa pusat tanggungjawab (PTJ) di UTM Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur berdasarkan pekeliling-pekeliling berikut:

A. Pengarah

  1. Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC)
  2. Pusat Ekuin

B. Timbalan Pengarah

  1. Biokeselamatan dan Sinaran di Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE)
  2. Inovasi di Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC)
  3. Infrastruktur ICT di Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT)

C. Penolong Pengarah

  1. Pusat Islam UTM Kuala Lumpur

D. Pengurus

  1. Perancangan Strategik & ‘Knowledge Management’, Hal Ehwal Korporat
  2. Pusat Pengurusan Bahan Kimia (CMC), Unit Pengurusan Makmal Universiti

Tarikh tutup: 31 Disember 2013

Sehubungan dengan itu, semua staf akademik boleh mengemukakan permohonan secara bersurat dan semua permohonan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertaraf-SULIT-dengan menulis jawatan dipohon di penjuru sebelah kanan sampul dan dihantar kepada Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar UTM Johor Bahru.

Sekian, terima kasih.

Pautan: Pekeliling Pentadbiran Bil. 46/2013