+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Pelanjutan Tempoh Proses Penilaian Prestasi Staf (e-LPPT/ e-LNPT 360°/ e-LNPT) Tahun 2013

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan Universiti telah bersetuju melanjutkan tempoh pelaksanaan Penilaian Prestasi Staf (e-LPPT/ e-LNPT 360°/ e-LNPT) Tahun 2013 seperti berikut:

TARIKH TINDAKAN
1 November 2013

hingga

30 November 2013

 

Mengenalpasti klasifikasi Pegawai Yang Dinilai (PYD) / Pegawai Penilai oleh PSM PTJ
1 Januari 2014

hingga

14 Januari 2014

 

Pengisian borang Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2013 dan pengisian pencapaian kerja sebenar tahun 2013 secara online oleh Pegawai Yang Dinilai (PYD)
 

15 Januari 2014

hingga

11 Februari 2014

  • Penilaian dan pengisian markah oleh Pegawai Penilai Pertama (PPP) serta pemakluman markah oleh Pegawai Yang Dinilai (PYD)
  • Penilaian dan Pengisian markah 360° oleh PPR dan PPS
12 Februari 2014

hingga

17 Februari 2014

 

Semakan status penilaian oleh PSM PTJ
18 Februari 2014

hingga

20 Mac 2014

 

Penilaian dan pengisian markah oleh Pegawai Penilai Kedua (PPK)
Mac/April 2014 Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (MPPSM) Fakulti/Bahagian

 

April 2014 Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (MPPSM) Universiti

 
Sehubungan dengan itu, semua PYD/ PPP/ PPR/ PPS/ PPK diminta untuk melengkapkan e-LPPT/ e-LNPT 360°/ e-LNPT masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan.

Sila beri perhatian bahawa semua staf tidak dikecualikan e-LPPT/ e-LNPT 360°/ e-LNPT atau membuat penilaian terhadap e-LPPT/ e-LNPT 360°/ e-LNPT staf yang dipertanggungjawabkan dan kegagalan melengkapkannya boleh dikenakan tindakan.

Sekian, harap maklum.

Pautan: Pekeliling Pentadbiran Bil. 49/2013