+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Pelaksanaan Cuti Mingguan Baharu UTM JB

Sukacita dimaklumkan, selaras dengan cuti mingguan pada hari Jumaat dan Sabtu bagi negeri Johor berkuatkuasa 1 Januari 2014 seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Johor menerusi Pekeliling Am Kerajaan Johor Bil.3/2013, Jawatankuasa Pengurusan Universiti telah menetapkan tempoh waktu bekerja baharu bagi Kampus UTM Johor Bahru adalah seperti berikut:


HARI

WAKTU BEKERJA

WAKTU REHAT

WAKTU BEKERJA

Ahad – Rabu

8.00 pagi – 1.00 petang

1.00 petang – 2.00 petang

2.00 petang – 5.00 petang

Khamis

8.00 pagi – 1.00 petang

1.00 petang – 2.00 petang

2.00 petang – 3.30 petang


Manakala, berhubung gantian Hari Kelepasan, sekiranya Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
Namun, sekiranya Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ia tidak diganti dengan hari berikutnya.