Dimaklumkan, Pihak Suruhanjaya Pilihanraya telah menetapkan tarikh Pilihanraya Umum ke-13 adalah pada 5 Mei 2013.
Pihak Pengurusan Universiti ingin mengingatkan seluruh staf UTM agar mematuhi Peraturan 20, Jadual Kedua, Bahagian II, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (AKta 605), lanjutan daripada tarikh Pilihanraya Umum ke-13 yang menjelang tiba.
Semua ketua PTJ juga diingatkan agar membuat kawalan dan pengawasan ke atas pegawai bawahannya bagi pelanggaran mana-mana peruntukan berkaitan.
Sila rujuk pekeliling ini untuk perincian lanjut. Kerjasama, dan perhatian semua berkaitan perkara ini amat dihargai.
Mohon dipanjangkan pekeliling ini di bahagian/unit Saudara masing-masing untuk makluman semua.
Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 19/2013