+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Peraturan Cuti Sabatikal UTM

Dimaklumkan, pihak Pengurusan Universiti melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil.12/2013 bertarikh 11 Jun 2013 telah bersetuju meluluskan Peraturan Baharu Cuti Sabatikal untuk staf akademik di Universiti Teknologi Malaysia.

Cuti Sabatikal merupakan cuti bergaji penuh bagi staf akademik untuk mengikuti aktiviti penyelidikan, penulisan, peningkatan kelayakan akademik dan aktiviti akademik serta pembangunan profesional yang diluluskan oleh Universiti bagi tempoh tertentu. Peraturan Cuti Sebatikal ini dinyatakan secara terperinci di dalam pekeliling ini.

Pekeliling ini berkuatkuasa mulai dari tarikh 11 Jun 2013.

Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 32/2013