+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Dimaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia telah bersetuju melantik YBhg. Prof. Ir. Dr. Wahid bin Omar sebagai Naib Canselor UTM yang baru. Pelantikan ini adalah untuk tempoh tiga (3) tahun berkuat kuasa mulai 1 September 2013 hingga 31 Ogos 2016 selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12(1) Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia.

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ), staf dan pelajar diminta memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada YBhg. Prof. Ir. Dr. Wahid bin Omar untuk membolehkan beliau melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawabnya sebagai Naib Canselor UTM.

 

Pekeliling Pentadbiran Bilangan 34/2013