+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Menjalankan Tugas Jawatan Naib Canselor

Seperti semua sedia maklum, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang telah pun dilantik sebagai Ketua Setiausaha II, Kementerian Peendidikan Malaysia pada 3 Jun 2013.

Lanjutan daripada itu, Jabatan Pengajian Tinggi melalui surat dengan rujukan JPT.S(G)2000/021/011/03 Jld.2(16) bertarikh 27 Jun 2013 telah bersetuju melantik YBhg Prof. lr. Dr. Mohd. Azraai bin Kassim, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & lnovasi) menjalankan tugas jawatan Naib Canselor UTM bermula dari tarikh 6 Jun 2013.

Semua Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ), staf dan pelajar diminta memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada YBhg Prof. Ir. Dr. Mohd. Azraai bin Kassim sepanjang beliau menjalankan tugas tersebut.

 

Mohon dipanjangkan pekeliling ini di fakulti/bahagian Saudara untuk makluman semua staf.

Harap maklum.

 

Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 26/2013