+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Pelaksanaan Program Membudayakan Al-Quran Secara Berpusat Di Kalangan Warga Islam UTM

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Universiti telah bersetuju melaksanakan Program Pembudayaan Al-Quran berpusat pada setiap hari Khamis, bermula 8.15 pagi hingga 9.15 pagi. Program ini akan dilaksanakan mengikut zon yang telah ditetapkan.

Kehadiran staf ke program ini perlu direkodkan kerana akan diambil kira sebagai sebahagian jumlah jam keperluan latihan staf. Pegawai PSM diminta mendaftarkan dan mengemaskini kehadiran staf dalam Sistem Maklumat Latihan (UTMSMILE).

Setiap wakil PTJ, Fakulti dan Kolej diminta menyelaras perlaksanaan ini bersama Pegawai Bertanggungjawab yang dilantik bagi setiap zon. Pembahagian masa pelaksanaan program adalah seperti berikut:

i) Bacaan & Hukum Bacaan Al-Quran – 30minit
ii) Tafsir al-Quran – 20 minit
iii) Soal-jawab – 10 minit

Ketua Jabatan diminta memastikan pelaksanaan program ini yang berkuatkuasa mulai tarikh pekeliling ini dikeluarkan.

Pautan: Pekeliling Pentadbiran Bil. 13/2014