+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Tanggungjawab Staf Universiti Dalam Memelihara Integriti Perkhidmatan Semasa Menggunakan Kemudahan Media Sosial Di Intenet

Penggunaan kemudahan media sosial seperti E-mel, Facebook, Twitter, Youtube, Blog, Whatsapp, Friendster, Flickr, Vimeo dan medium interaksi lain di internet tidak dinafikan mempunyai pelbagai kelebihan antaranya sebagai medium perbincangan dan perkongsian ilmu. Pihak Universiti juga turut memanfaatkan kemudahan ini bagi menyampaikan maklumat atau berhubung terus dengan pelanggan dan pelawat Universiti.

Walau bagaimanapun, penggunaan kemudahan tersebut untuk menjalankan pekerjaan luar, perniagaan dalam talian ketika bertugas adalah perbuatan tidak beretika.

Selaras dengan Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) Jadual Kerja (Seksyen 5) Bahagian ll, Tatakelakuan, Peraturan 4(1) hingga (3), staf yang berhasrat melaksanakan pekerjaan luar hendaklah mematuhi beberapa syarat. Ditegaskan bahawa, setiap kebenaran/kelulusan yang telah dan akan diberi adalah untuk tempoh tidak melebihi satu tahun. Staf dikehendaki memohon semula setelah tamat tempoh tersebut.

Staf diingatkan supaya memelihara integriti sepanjang masa dalam perkhidmatan dan sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti dan hasil kerja. Penggunaan kemudahan media sosial tanpa kawalan akan mengurangkan fokus staf terhadap tugas hakiki yang dipertanggungjawabkan.

Pekeliling berkuatkuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 11/2014