Adalah dimaklumkan bahawa Penilaian Prestasi Staf UTM bagi tahun 2014 akan dilaksanakan melalui sistem berikut:-
a) e-LPPT – Penilaian Prestasi Secara Dalam Talian untuk Staf Akademik.
b) e-LNPT 360° – Penilaian Prestasi Secara Dalam Talian untuk Staf Kumpulan Pengurusan & Profesional (Gred 41 hingga Gred 54).
c) e-LNPT – Penilaian Prestasi Secara Dalam Talian untuk Staf Kumpulan Pelaksana Gred 40 dan ke bawah (termasuk jawatan Tutor Gred DA41).
TARIKH |
TINDAKAN |
1 November 2014 hingga 30 November 2014 (30 hari) | Mengenal pasti klasifikasi Pegawai Yang Dinilai (PYD)/Pegawai Penilai oleh Pengurusan Sumber Manusia (PSM) Pusat Tanggungjawab (PTJ) |
1 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014 (31 hari) | Pengisian borang Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2014 dan pengisian pencapaian kerja sebenar tahun 2014 secara online oleh PYD |
1 Januari 2015 hingga 14 Januari 2015 (14 hari) | Pengesahan maklumat penerbitan oleh Perpustakaan. (eLPPT) |
15 Januari 2015 hingga 4 Februari 2015 (21 hari) | a) Penilaian dan pengisian markah oleh Pegawai Penilai Pertama (PPP) serta pemakluman markah oleh PPP kepada PYD b) Penilaian dan pengisian markah 360° oleh Pegawai Penilai Rakan Sekerja (PPR) dan Pegawai Penilai Subordinat (PPS)(eLNPT 360°) |
5 Februari 2015 hingga 11 Februari 2015 (7 hari) | a) Pengesahan/rayuan/pembetulan markah oleh PYD b) Semakan status penilaian oleh PSM PTJ |
12 Februari 2015 hingga 4 Mac 2015 (21 hari) | Penilaian dan pengisian markah oleh Pegawai Penilai Kedua (PPK) |
5 Mac 2015 hingga 11 Mac 2015 (7 hari) | Semakan status penilaian oleh PSM PTJ |
Mac 2015 | a) Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (MPPSM) PTJ b) Penyediaan dan penghantaran maklumat untuk MPPSM Universiti |
Mac/April 2015 | Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (MPPSM) Universiti |
Sila beri perhatian bahawa semua staf tidak dikecualikan e-LPPT/ e-LNPT 360°/ e-LNPT atau membuat penilaian terhadap e-LPPT/ e-LNPT 360°/ e-LNPT staf yang dipertanggungjawabkan dan kegagalan melengkapkannya boleh dikenakan tindakan.
Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 40/2014