Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa akan wujud beberapa kekosongan jawatan pentadbir akademik di beberapa pusat tanggungjawab di UTM Johor Bahru seperti berikut:
- Pengarah Kanan UTM QRiM
- Timbalan Pengarah Kualiti (Akademik) UTM QRiM
- Pengurus Blossoms UTMLead
- Pengurus Teknologi Maklumat SPS
Tarikh tutup permohonan : 4 September 2014
Sehubungan dengan itu, semua staf akademik boleh mengemukakan permohonan secara bersurat dan semua permohonan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertaraf-SULIT-dengan menulis jawatan dipohon di penjuru sebelah kanan sampul dan dihantar kepada Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar UTM Johor Bahru.
Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 36/2014