+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Gotong-royong Perdana UTM

Adalah dimaklumkan bahawa semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian Bil.7 bertarikh 14 Julai 2014 telah diarahkan untuk memastikan kebersihan kawasan kampus sebelum cuti sempena Hari Raya Aidilfitri 1435H.

2.  Pihak Universiti telah bersetuju supaya setiap Pusat Tanggungjawab dan fakulti melaksanakan gotong-royong membersihkan kawasan masing-masing untuk mencegah dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Pihak Universiti juga telah menetapkan tarikh 23 Julai 2014 (Rabu) sebagai Hari Gotong-Royong Perdana bagi Universiti Teknologi Malaysia. Namun begitu, tarikh lain sebelum cuti sempena Hari Raya boleh dipilih mengikut kesesuaian PTJ dan fakulti.

3.  Sehubungan dengan itu, semua Ketua Jabatan adalah diminta untuk memastikan pelaksanaan gotong-royong ini di jabatan masing-masing.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 29/2014