+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Selaras dengan pelaksanaan dan pembudayaan perbelanjaan berhemah, semua staf UTM adalah disarankan untuk menggunakan kemudahan penginapan Scholar’s Inn UTM Johor Bahru dan Scholar’s Inn UTM Kuala Lumpur untuk sebarang urusan rasmi yang memerlukan penginapan di sekitar kawasan kampus Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Penggunaan kemudahan penginapan UTM ini akan membantu Universiti untuk mengurangkan aliran keluar kewangan Universiti dan seterusnya membantu Universiti untuk menjana pendapatan. Sokongan dan kerjasama dalam melestarikan kewangan Universiti untuk jangka masa panjang adalah diharapkan daripada semua pihak.

Pautan : Pekeliling Pentadbiran UTM Bil. 29/3013 pdf