KAEDAH PENGURUSAN DOKUMEN RAHSIA RASMI
Pendaftar Rahsia PTJ hendaklah mendaftarkan Dokumen Rahsia Rasmi yang dikeluarkan dalam Buku Daftar Am 492, Buku Daftar 492 A dan Buku Daftar 492 B. Buku daftar itu boleh perolehi di Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar.
Buku Daftar Am 492
Bagi Mendaftarkan Dokumen Dalam Jadual
Butiran dokumen yang telah dicap dengan perkataan “dikelaskan semula” hendaklah direkodkan dalam Buku Daftar Am 492 – ruangan 7 – 10
Buku Daftar AM 492A
Khas untuk merekod suratan/dokumen rahsia rasmi di luar jadual dan berhubungan dengannya yang dikelaskan sebagai Rahsia Besar, Rahsia, Sulit atau Terhad;
Buku Daftar AM 492B
Bagi Mendaftarkan Dokumen Luar Jadual
Butiran dokumen Luar jadual yang dikelaskan semula itu hendaklah direkodkan dalam Buku Daftar Am 492 B
Stiker Sulit
Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar telah mengeluarkan stiker sulit untuk menggantikan lakeri. Stiker ini boleh dimohon di talian 07-5530172.