Kemudahan kad matriks di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terbahagi kepada dua (2) iaitu:
1. Kad matriks mahasiswa
2. Kad matriks staf
Kad Matriks Mahasiswa
Setiap mahasiswa yang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan dibekalkan dengan kad matriks sebagai tanda nama pengenalan semasa di dalam kampus. Kad matriks mahasiswa berdasarkan latar belakang gambar pada kad seperti berikut:
NO. | PROGRAM | WARNA LATAR BELAKANG |
1. | Pasca Ijazah, Sarjana Muda & Diploma | Putih |
Kad Matriks Staf
Setiap staf yang melapor diri di UTM akan dibekalkan dengan kad matrik sebagai pengenalan diri. Perbezaan kad matrik staf adalah pada latar belakang gambar pada kad seperti berikut:
NO. | LANTIKAN | WARNA LATAR BELAKANG |
1. | Lantikan Universiti (Tetap/ Kontrak) | Biru |
2. | Lantikan Pusat Tanggungjawab | Kuning |
Kehilangan / Penggantian Kad Matrik
Bagi mahasiswa atau staf yang ingin menggantikan kad matrik di atas sebab-sebab kehilangan, kerosakan dan penggantian, bayaran akan dikenakan seperti berikut:
NO | KATEGORI | STATUS CETAK | CAJ |
1. | Mahasiswa |
1. Perubahan Maklumat | RM 20.00 |
2. Rosak | RM 20.00 | ||
3. Hilang | RM 30.00 | ||
2. | Staf | 1. Perubahan Maklumat | RM 20.00 |
2. Rosak | RM 20.00 | ||
3. Hilang | RM 30.00 | ||
3. | Pesara | 1. Perubahan Maklumat | RM 10.00 |
2. Rosak | RM 10.00 | ||
3. Hilang | RM 20.00 |
Borang :
Borang Kad Matrik Terkini Staf/Pelajar (Kertas Putih)
Matric Card Status:
Please check your Matric Card status HERE