ALUAN PENDAFTAR

Puan Nor Azizah binti Ismail
Pendaftar
Universiti Teknologi Malaysia

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Selamat datang ke Jabatan Pendaftar Universiti Teknologi Malaysia. Kami
merupakan jabatan yang bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan governan, pengurusan dan pembangunan bakat, pengurusan akademik, pengurusan kemudahan dan kualiti perkhidmatan, pengurusan data dan keselamatan kampus pada tahap cemerlang.

Saya berbesar hati mengumumkan bahawa saya berbangga warga UTM
memegang nilai organisasi yang telah sekian lama kami sepakati iaitu integriti, sinergi, kecemerlangan dan lestari (Integrity, Sinergy, Excellence & Sustainable) dalam setiap tindakan kami. Kami komited untuk mencapai Pelan Strategik UTM enVision 2020 – 2025.

Kami cukup memahami peri pentingnya pengurusan bakat dan tadbir urus yang berkesan berupaya membentuk komuniti akademik yang berkembang maju. Pasukan kami yang berdedikasi telah merangka Pelan Transformasi Bakat sejak 2020 bagi menarik, mengekal dan membangun bakat terbaik, sambil menegakkan standard integriti, ketelusan dan akauntabiliti bagi tadbir urus baik Universiti. Pelan transformasi digital yang dirangka tahun 2024 dijangka akan dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan produktiviti kami. Pembuatan keputusan
berasaskan data dijangka dapat mengoptimakan penggunaan sumber untuk mencapai objektif Universiti dengan lebih mampan.

Strategi bakat yang inovatif, polisi yang komprehensif melalui penambahbaikan yang berterusan, kami berusaha untuk memupuk budaya kecemerlangan, kerjasama, dan pembelajaran berterusan untuk mencapai kelestarian.

Visi kami jelas untuk menjadi rakan strategik yang dipercayai dan dihormati dalam tadbir urus dan pentadbiran universiti. Manakala misi kami adalah untuk menerajui tadbir urus dan pengurusan tangkas melalui transformasi digital dengan memanfaatkan teknologi untuk penyampaian perkhidmatan yang berkualiti. Sebagai Pendaftar, saya komited untuk menegakkan prinsip tadbir urus yang baik, beradab dan beretika serta pematuhan peraturan yang merentas semua aspek operasi universiti. Dengan menggalakkan ketelusan, keadilan dalam proses membuat keputusan, kami berhasrat untuk menegakkan kepercayaan dan
keyakinan pihak berkepentingan kami dalam memastikan kemampanan jangka panjang institusi kami.

Sama ada anda seorang ahli fakulti iaitu staf akademik, staf pengurusan profesional dan pelaksana, pelajar atau bakal pelajar, bakal staf atau Alumni, kami berada di sini untuk menyokong anda dan menyediakan sumber serta bimbingan yang anda perlukan untuk berkembang maju dalam usaha akademik dan profesional anda.

Saya mengajak semua warga Universiti untuk sama sama mencipta masa hadapan yang berupaya membangunkan watan untuk kita membentuk warga masa hadapan yang bermakna untuk negara, bangsa dan agama. Selari dengan falsafah Universiti ’Kerana Tuhan untuk Manusia’.

Sekian, terima kasih.