Latar Belakang

zapin

Kumpulan Zapin Bahagian Keselamatan yang ditubuhkan pada  xx Mei 2011 pada mulanya hanya untuk membuat persembahan di Majlis Anugerah Pejabat Pendaftar (MAPP) 2011 di M Suites Hotel, Johor Bahru. Namun daripada maklumbalas yang diterima, ramai yang berharap kumpulan yang mantap dan bertenaga ini dapat dikekalkan. Sehubungan itu, hasil daripada perbincangan antara pihak pengurusan Bahagian Keselamatan dan ahli kumpulan zapin, maka ianya dikekalkan.

Pada awal penubuhan, kumpulan ini dianggotai seramai 8 orang yang terdiri Shaiful bin Md Said, Muhamad Khairuddin bin Lailee, Saffill bin Mohd Yasin, Mohd Adi bin Md Sanif, Mohamad Razif bin Khasbi, Mohd Azhar bin Omar, Fatin Umairah bt Abdullah dan Noorshahwani bt Mokhtar.

Akibat daripada komitmen tugas, pada 2012 terdapat sedikit rombakan kumpulan dengan kemasukan beberapa ahli baru iaitu Norazwan bin Miswan, Mohd Ridhwan bin Somiran, Mohd Khairul Azam bin Mohd Zawawi dan Muhammad Zuhairi bin Lakaman Nezeri yang menggantikan Mohd Adi, Fatin dan Noorshahwani.

Pada 2012 juga, kumpulan zapin Bahagian Keselamatan telah membuat persembahan di Majlis Anugerah Pejabat Pendaftar 2012 di Dewan Sultan Iskandar pada 11 September dan Projek Khidmat Masyarakat (USR) UTM di Segamat pada 30 November.