+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Soalan Sering Ditanya

Q Dompet saya tercicir/ hilang / di curi apa patut saya lakukan?
A Anda perlu membuat aduan di Bahagian Keselamatan untuk membuat report dan seterusnya anda di nasihatkan agar membuat report di Balai Polis berhampiran. (Pastikan anda hubungi Pihak Bank segera untuk OFF kan sebarang pengeluaran Wang tunai dari akaun anda.
   
Q Sekiranya saya ternampak orang mencurigakan di sekitar blok apa perlu saya buat?
A Anda perlu menghubungi Segera Bahagian Keselamatan di talian 07-5530014 @ 07-5530002 Pastikan anda memberikan maklumat yang lengkap seperti berapa ramai, nayatakan ciri-ciri pakaian Suspek, kenal pasti kenderaan yang di gunakan dan catit no.pendaftran kenderaan tersebut, dan pastikan camkan muka untuk kenal pasti suspek sehingga bantuan dari Bhg. Keselamatan tiba untuk mengambil tindakan selanjutnya.
   
Q Seorang mahasiswa/i harus masuk ke Kampus selewat2nya jam berapa?
A Mahasiswa/i seharusnya masuk balik ke Kampus selewat-lewatnya sebelum jam 12.00 tengah malam bagi mengelakan nama anda dari scan dan di rekod dalam Sistem Pulang lewat
   
Q Adakah tahun satu boleh membawa kenderaan dalam kampus?
A Tidak boleh, merujuk pekelilng Pelajar tahun 1 tidak di benarkan membawa kenderaan ke dalam kampus sekiranya di dapati ingkar Bahagian keselamatan akan mengeluarkan saman di bawah akta AUKU.
Q Berapa jumlah kenderaan yang boleh mahasiswa/di daftarkan?
A : Jumlah kenderaan yang layak didaftarkan oleh Mahasiswa/i ialah 1 untuk kereta dan 1 untuk Motosikal sahaja
Q Berapakah jumlah bayaran untuk Pelekat Kenderaan UTM?
A Jumlah bayaran bagi setiap Pelekat Kenderaan UTM ialah RM2 sahaja
Q Apakah dokumen yang perlu dilampirkan bagi setiap permohonan Pelekat Kenderaan UTM?
A Dokumen yang perlu dilampirkan ialah :a)      Salinan Lesen Memandub)      Salinan Cukai Jalan (Motosikal Sahaja)c)      Salinan Polisi Insurand)      Salinan Sijil Hak Milik
Q Berapa lama tempoh bayaran saman perlu Dijelaskan?
A Tiada tempoh yang dikenakan bagi Pembayaran Saman
Q Dimanakah Pembayaran Saman perlu Dilakukan?
A Pembayaran Saman perlu dijelaskan di Pejabat Bendahari Pelajar
Q Bagaimanakah cara untuk membuat Permohonan Rayuan Saman?
A Anda di kehendaki membuat Surat Rayuan serta lampirakn bersama surat saman dan dihantar ke Unit Lalulintas. Sekiranya Kaunter sudah di tutup,Surat tersebut boleh di hantar ke kaunter Pertanyaan Balai Keselamatan (24jam)
Q Apakah yang dimaksudkan dengan Kawasan Akademik?
A Kawasan Akademik adalah Kawasan Larangan bagi semua kenderaan pelajar pada waktu pejabat ( Ahad – Khamis ) (07:30 – 17:30) meliputi Kawasan Bagunan Pentadbiran dan bagunan-bagunan Fakulti yang berada di dalam Lingkaran Ilmu.(rujuk peta )
Q Di manakah Kawasan Parkir untuk Kenderaan Pelajar pada Waktu Pejabat?
A Kawasan Parkir Kenderaan Pelajar yang dibenarkan ialah :a)    Parkir Tasikb)    Parkir P7 (berhadapan P19)c)    Parkir Awam berhadapan P19d)    Parkir Awam berhadapan B12

e)    Parkir Awam dibelakang L50

f)     Parkir-Parkir Awam yang disediakan.

*kecuali parkir untuk Staf .

Q Sekiranya ada pertanyaan berkenaan dengan Kesalahan Lalulintas nombor telefon apakah yang perlu saya hubunggi?
A Sekiranya anda mempunyai sebarang Pertanyaan,sila hubunggi 07-5530532 Kaunter Unit Lalulintas (Waktu Pejabat Sahaja)